Thursday, 31 May 2012

RHP JAHITAN


KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 1
MASA                                   80 minit

BAB                                        4

TAJUK                                   Jahitan

SUB TAJUK                          Mesin Jahit

OBJEKTIF                            1.Mengenalpasti mesin jahit dan menerangkan fungsi bahagian mesin jahit.
                                                2.Memassang benang atas dan bawah mesin jahit.
                                                3.Menggunakan mesin jahit.
                                                4.Menjahit kertas tanpa benang.

ALAT BANTU                     1.Alatan sebenar(mesin jahit)
MENGAJAR                        2.Buku teks KHB Tingkatan 1
                                                3.Lembaran kerja

KAEDAH                              1.Penerangan
                                                2.Tunjukcara
                                                3.Latihan

LANGKAH                           1.Set induksi
PENGAJARAN                      - Guru bertanya pelajar bagaimana pakaian yang dipakai
                                                    dihasilkan.
                                                2. Penerangan
                                                   - Guru menerangkan jenis mesin jahit seperti mesin jahit tangan,
                                                     mesin kaki, mesin elektrik dan mesin elektronik.
                                                3.Tunjukcara
                                                  - Memasang benang atas dan bawah mengikut urutan.
                                                  -  Menggunakan mesin jahit.
                                                4.Latihan
                                                  - Murid berlatih menggunakan mesin jahit
                                                  - Menjahit kertas pada beberapa bentuk garisan lurus, berpenjuru 
                                                    dan melengkung.
                                                5. Rumusan
                                                  - Guru membuat rumusan tentang kepantingan penggunaan mesin
                                                    jahit dan langkah-langkah keselamatan penggunaan mesin jahit.
                                               
PENILAIAN DAN                  1. Pelajar dikehendaki melabel bahagian utama mesin jahit pada
AKTIVITI LANJUTAN              lembaran kerja
                                                  2. Pelajar mencatat jenis mesin jahit, bahagian utama mesin jahit.


Langkah –langkah ASSURE
Elemen-elemen

 A- analisis pelajar
Murid tingkatan 1

 S-  nyatakan objektif
-Mengenalpasti jenis mesin jahit
-Menerangkan fungsi bahagian mesin jahit
-Memasang benang atas dan benang bawah
-Menggunakan mesin jahit
-Menjahit kertas tanpa benang

 S-  pilih kaedah,media dan bahan
Mesin jahit kaki dan lembaran kerja

 U- gunakan media dan bahan
Mesin jahit kaki dan lembaran kerja

 R- dorong penglibatan pelajar
Menunjukcara penggunaan mesin
Murid menggunakan mesin jahit dan menjahit tanpa benang pada helaian kertas.

 E-  nilai dan semak
Tepat,hati-hati, sistematik dan sabar
Murid membuat latihan pada lembaran kerja
Dan membuat catatan




OBJEKTIF


  1.Mengenalpasti mesin jahit dan menerangkan fungsi bahagian mesin jahit.
  2.Memassang benang atas dan bawah mesin jahit.
  3.Menggunakan mesin jahit.
  4.Menjahit kertas tanpa benang.

ISI KANDUNGAN

LIHAT VIDEO

PENILAIAN

1. NYATAKAN JENIS-JENIS MESIN JAHIT.

  • ...........................................................................
  • ...........................................................................
  • ...........................................................................
  • ...........................................................................

LABELKAN BAHAGIAN UTAMA MESIN JAHIT.










TERAS JAHITAN(VIDEO)

Friday, 25 May 2012

ADAB-ADAB KETIKA MAKAN



Muqaddimah

Sebagai manusia biasa pasti setiap dari kita memerlukan makan dan minum bagi memenuhi fitrah kejadian manusia dan untuk penerusan hidup di dunia yang fana ini.
Setiap yang hidup memerlukan makanan. Cuma jenis makanan dan cara makanan sahaja yang berbeza. Seorang muslim diajar mencari makanan yang baik-baik dan dipastikan halal dari segi kandungan dan cara mendapatkan makanan tersebut.

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

makanlah yang baik-baik dan berbuatlah amal yang soleh .....

Al Mukminun : 51

Kita dituntut makan dengan niat yang betul dan cara yang betul. Nabi s.a.w. mengajar umatnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini memberi gambaran makan tidak menentu masa dan makan berlebihan akan mendatangkan kemudharatan kepada kita manusia.


Di antara adab-adab makan ialah

1.       Niat :
Berniat makan itu adalah untuk mendapatkan kekuataan untuk taat kepada Allah dan kerana Allah

Membaca بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
Sunat pula menguatkan suara (mengeraskan bacaannya) supaya mengingati orang lain

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Jabir b. Abdullah r.a.
"Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila seseorang lelaki masuk rumahnya dengan menyebut nama Allah waktu masuknya dan makannya, berkatalah syaitan (kepada kuncu-kuncunya) : Kita tidak mendapat tempat bermalam dan di sini dan tidak dapat makanan.

Apabila dia masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah ketika masuk, Syaitan berkata: kita mendapat tempat bermalam di sini. Apabila seseorang tidak menyebut nama Allah keti hendak makan , syaitan berkata : Kita mendapat tempat bermalam dan makanan."  (Sahih Muslim)

2.       Duduk dengan sempurna dan baik

3.       Dilarang makan dan minum berdiri

4.       Makan dan minum dengan tangan kanan

5.       Mengecilkan suapan

6.       Memulai makan dengan mencecah garam di lidah dan mengakhirinya dengan garam

7.       Merasa senang (redha) dan syukur dengan rezeki yang ada

8.       Jangan mencaci (rungut) makanan

9.       Jangan menghembuskan makanan

10.   Jangan meletakkan makanan yang buruk di atas piring

11.   Jangan banyak minum

12.   Ambil makanan yang terdekat dahulu

13.   Mendahulukan orang yang sebelah kanan



APA ITU FABRIK?




Fabrik ialah singkatan daripada perkataan 'textile fabric'. Selalunya orang akan menggelarkan fabrik sebagai tektil. Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda yang lain tetapi bersangkut paut.

Apa perbezaan antara tekstil dan fabrik?

"Tekstil adalah material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, atau dan cara pressing. Istilah tekstil dalam pemakaiannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah 'kain' (fabrik). Namun ada sedikit perbedaan antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang terbuat daripada tenunan benang, sedangkan 'kain' (fabrik) merupakan hasil jadinya, yang sudah bisa digunakan." - Sumber daripada Wiki (Indo Translate)

Fabrik tekstil  atau fabrik terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sumber terjadinya tekstil:
  • ·         Fabrik yang diperbuat daripada fiber yang terdapat pada binatang: Wool, silk
  • ·         Fabrik yang diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan: cotton, linen
  • ·         Fabrik yang diperbuat daripada fiber sintetik: polyester, nylon


Fabrik merupakan element utama dalam industri fesyen. Sementara fesyen, seperti yang kita tahu berubah mengikut masa, citarasa dan trend. Pereka-pereka fesyen yang sudah mempunyai nama di mata dunia biasanya mengolah fesyen melalui jenis fabric yang di gunakan selain rekabentuk pakaian itu sendiri. Maka terciptalah fabrik-fabrik baru yang mempunyai pelbagai nama yang kebanyakannya diperbuat daripada bahan fiber seperti wool, silk, cotton, linen, polyester dan nylon atau gabungan dua atau lebih fiber semulajadi tersebut. Namun, pada zaman ini kebayakan fabrik/kain yang digunakan oleh orang kebayakan diperbuat daripada fiber sintetik seperti polyester atau gabungan polyester dan bahan fiber semulajadi tadi.
Antara nama fabrik/kain yang kita biasa dengar ialah silk, cotton, brocade, songket, washable polyester, polyester, chiffon, satin, dutchess satin, lace, jersey, Georgette(jojet), taffeta, shantung,tulle, lycra (spandex), thai silk, dubai silk, denim dan banyak lagi.