Muqaddimah
Sebagai
manusia biasa pasti setiap dari kita memerlukan makan dan minum bagi memenuhi
fitrah kejadian manusia dan untuk penerusan hidup di dunia yang fana ini.
Setiap
yang hidup memerlukan makanan. Cuma jenis makanan dan cara makanan sahaja yang
berbeza. Seorang muslim diajar mencari makanan yang baik-baik dan dipastikan
halal dari segi kandungan dan cara mendapatkan makanan tersebut.
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
makanlah
yang baik-baik dan berbuatlah amal yang soleh .....
Al
Mukminun : 51
Kita
dituntut makan dengan niat yang betul dan cara yang betul. Nabi s.a.w. mengajar
umatnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini memberi gambaran
makan tidak menentu masa dan makan berlebihan akan mendatangkan kemudharatan
kepada kita manusia.
Di
antara adab-adab makan ialah
1.
Niat
:
Berniat
makan itu adalah untuk mendapatkan kekuataan untuk taat kepada Allah dan kerana
Allah
Membaca
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
Sunat
pula menguatkan suara (mengeraskan bacaannya) supaya mengingati orang lain
Sabda
Rasulullah s.a.w. dari Jabir b. Abdullah r.a.
"Aku
telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila seseorang lelaki masuk
rumahnya dengan menyebut nama Allah waktu masuknya dan makannya, berkatalah
syaitan (kepada kuncu-kuncunya) : Kita tidak mendapat tempat bermalam dan di
sini dan tidak dapat makanan.
Apabila
dia masuk rumahnya dan tidak menyebut nama Allah ketika masuk, Syaitan berkata:
kita mendapat tempat bermalam di sini. Apabila seseorang tidak menyebut nama
Allah keti hendak makan , syaitan berkata : Kita mendapat tempat bermalam dan
makanan." (Sahih Muslim)
2.
Duduk
dengan sempurna dan baik
3.
Dilarang
makan dan minum berdiri
4.
Makan
dan minum dengan tangan kanan
5.
Mengecilkan
suapan
6.
Memulai
makan dengan mencecah garam di lidah dan mengakhirinya dengan garam
7.
Merasa
senang (redha) dan syukur dengan rezeki yang ada
8.
Jangan
mencaci (rungut) makanan
9.
Jangan
menghembuskan makanan
10.
Jangan
meletakkan makanan yang buruk di atas piring
11.
Jangan
banyak minum
12.
Ambil
makanan yang terdekat dahulu
13.
Mendahulukan
orang yang sebelah kanan
No comments:
Post a Comment