Fabrik
ialah singkatan daripada perkataan 'textile fabric'. Selalunya orang akan
menggelarkan fabrik sebagai tektil. Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda
yang lain tetapi bersangkut paut.
Apa
perbezaan antara tekstil dan fabrik?
"Tekstil
adalah material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil
dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, atau dan cara
pressing. Istilah tekstil dalam pemakaiannya sehari-hari sering disamakan
dengan istilah 'kain' (fabrik). Namun ada sedikit perbedaan antara dua istilah
ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang terbuat daripada
tenunan benang, sedangkan 'kain' (fabrik) merupakan hasil jadinya, yang sudah
bisa digunakan." - Sumber daripada Wiki (Indo Translate)
Fabrik tekstil atau fabrik terbahagi kepada beberapa jenis
mengikut sumber terjadinya tekstil:
- · Fabrik yang diperbuat daripada fiber yang terdapat pada binatang: Wool, silk
- · Fabrik yang diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan: cotton, linen
- · Fabrik yang diperbuat daripada fiber sintetik: polyester, nylon
Fabrik
merupakan element utama dalam industri fesyen. Sementara fesyen, seperti yang
kita tahu berubah mengikut masa, citarasa dan trend. Pereka-pereka fesyen yang
sudah mempunyai nama di mata dunia biasanya mengolah fesyen melalui jenis
fabric yang di gunakan selain rekabentuk pakaian itu sendiri. Maka terciptalah
fabrik-fabrik baru yang mempunyai pelbagai nama yang kebanyakannya diperbuat
daripada bahan fiber seperti wool, silk, cotton, linen, polyester dan nylon
atau gabungan dua atau lebih fiber semulajadi tersebut. Namun, pada zaman ini
kebayakan fabrik/kain yang digunakan oleh orang kebayakan diperbuat daripada
fiber sintetik seperti polyester atau gabungan polyester dan bahan fiber
semulajadi tadi.
Antara
nama fabrik/kain yang kita biasa dengar ialah silk, cotton, brocade, songket,
washable polyester, polyester, chiffon, satin, dutchess satin, lace, jersey,
Georgette(jojet), taffeta, shantung,tulle, lycra (spandex), thai silk, dubai
silk, denim dan banyak lagi.
Adakah non woven atau woven termasuk dalam fabrik?
ReplyDeleteAdakah woven atau non woven termasuk dalam fabrik?
ReplyDeleteAdakah kain sintetik (faux leader) termasuk dalam fabrik?
ReplyDeleteApakah yang dimaksudkan dengan fabrik bemap?
ReplyDelete