Friday, 25 May 2012

APA ITU FABRIK?




Fabrik ialah singkatan daripada perkataan 'textile fabric'. Selalunya orang akan menggelarkan fabrik sebagai tektil. Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda yang lain tetapi bersangkut paut.

Apa perbezaan antara tekstil dan fabrik?

"Tekstil adalah material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, atau dan cara pressing. Istilah tekstil dalam pemakaiannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah 'kain' (fabrik). Namun ada sedikit perbedaan antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang terbuat daripada tenunan benang, sedangkan 'kain' (fabrik) merupakan hasil jadinya, yang sudah bisa digunakan." - Sumber daripada Wiki (Indo Translate)

Fabrik tekstil  atau fabrik terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sumber terjadinya tekstil:
  • ·         Fabrik yang diperbuat daripada fiber yang terdapat pada binatang: Wool, silk
  • ·         Fabrik yang diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan: cotton, linen
  • ·         Fabrik yang diperbuat daripada fiber sintetik: polyester, nylon


Fabrik merupakan element utama dalam industri fesyen. Sementara fesyen, seperti yang kita tahu berubah mengikut masa, citarasa dan trend. Pereka-pereka fesyen yang sudah mempunyai nama di mata dunia biasanya mengolah fesyen melalui jenis fabric yang di gunakan selain rekabentuk pakaian itu sendiri. Maka terciptalah fabrik-fabrik baru yang mempunyai pelbagai nama yang kebanyakannya diperbuat daripada bahan fiber seperti wool, silk, cotton, linen, polyester dan nylon atau gabungan dua atau lebih fiber semulajadi tersebut. Namun, pada zaman ini kebayakan fabrik/kain yang digunakan oleh orang kebayakan diperbuat daripada fiber sintetik seperti polyester atau gabungan polyester dan bahan fiber semulajadi tadi.
Antara nama fabrik/kain yang kita biasa dengar ialah silk, cotton, brocade, songket, washable polyester, polyester, chiffon, satin, dutchess satin, lace, jersey, Georgette(jojet), taffeta, shantung,tulle, lycra (spandex), thai silk, dubai silk, denim dan banyak lagi.


4 comments:

  1. Adakah non woven atau woven termasuk dalam fabrik?

    ReplyDelete
  2. Adakah woven atau non woven termasuk dalam fabrik?

    ReplyDelete
  3. Adakah kain sintetik (faux leader) termasuk dalam fabrik?

    ReplyDelete
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan fabrik bemap?

    ReplyDelete